Monday, May 14, 2012

IDEA DEKORASI BILIK BAYI

IDEA DEKORASI BILIK BABY

Kali ni lily nak kongsi cerita tentang idea dekorasi   bilik bayi...sebenar ye dah lama lily teringin nak adakan sebuah bilik khas untuk baby.,.memandangkan kat rumah lily ada satu bilik yang jarang digunakan, so lily ingat nak jadikan bilik tu sebagai bilik baby...hehe...sebenar ye lily tengah mencari idea / susun atur yang sesuai untuk bilik baby ni..bilik ni xde la luas sangat..tapi boleh la untuk menempatkan sebuah katil , sebuah baby court , almari baby dan tempat storage...

memandangkan baby lily ialah boy, so warna bilik lily ingat nak letak kombinasi warna putih , baby blue dan grey...ok x? hehe...


Sebenar ye , nak hasilkan sebuah bilik baby yang selamat , terdapat beberapa tips yg lily dapat hasil daripada bacaan lily ..antaranya ialah :
  • Jangan tinggalkan bayi semasa dia berada atas meja tukar lampin. Elok sekiranya anda letakkan saja tikar tukar lampin atas lantai untuk mengelakkan risiko bayi jatuh.
  •  Jauhkan kelengkapan dandanan diri seperti losyen dan kertas mengelap dari capaian bayi.
  • Pastikan kedudukan almari dan rak buku kukuh untuk mengelakkan daripada terjatuh atas anak anda. Untuk tujuan sama, jangan lupa untuk menutup semua laci.
  • Pastikan sarong kaki pijama tidak terlalu panjang atau stokin tidak begitu licin jika bayi anda suka berdiri atau sudah mula berjalan  

Selain tu , kalau kita nak beli court baby , ada beberapa ciri keselamatan yang perlu kita pertimbangkan..antaranya ialah  :
  •   Pastikan jarak antara bar-bar itu 45mm dan 65mm untuk mengelak daripada kepala bayi tersepit antara bar.
  • Periksa yang tilam bersih dan terletak kemas. Seharusnya tidak terdapat sebarang sambungan di sudut dan tiada lubang-lubang hiasan pada papan kepala kot atau papan di kaki kot yang boleh memerangkap tangan dan kaki bayi

Ini antara idea yang lily minat...mggu depan baru nak g shopping perabot untuk bilik baby lagi...yeaayy!! tak sabar tauu...


www.tips-fb.com

1 comment:

si cantik mix shoppe said...

semua nampak comel n tidy je bilik baby ni.tp masanya tak lama Lily,skejap je.dlm few months smua akan brubah..Baby cpt membesar..frm my experience ni.excited sgt, bli n buat mcm2..at the end,skrg, byk dh brg2 yg tak guna..=)