Wednesday, February 9, 2011

Cabaran berkahwin muda !

Hai2..bertemu kembali..hari ini lily nak ceritakan beberapa cabaran berkahwin muda!!
ada sape2 kat sini yang kawen muda tak??atau ingin berkahwin muda??heheh...Lily ni dikira kahwin pada usia muda la jugak kan..huhu..umur 22 dah kawen..suami pon umur 22 tahun jugak..tp bagi lily umur tu xde la penting sangat..yang penting ,kita mesti bersedia..bukan suka2 je tau!!hahah..


Pertama sekali , setiap pasangan tu mestilah bersedia dari segi mental dan rohani..Biar la apa orang nak cakap kat kita, nak mengata pun..sabar je la...Jodoh pertemuan itu ketentuan Allah s.w.t.. Manusia mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Jika kita ditentukan berkahwin dalam usia muda, mungkin itulah yang terbaik yang telah Allah tentukan untuk kita.


Yang kedua ialah mereka perlu mempunyai sumber kewangan yang stabil..tak boleh la lepas kawen je , xde duit nak bagi isteri dan anak - anak makan lak..itu tak digalakkan di dalam islam kan...Kebanyakan remaja sekarang beranggapan kahwin pada usia muda banyak masalah. erm , mungkin mereka xde pendapatan yang kukuh..Jadi , kalau nak berkahwin muda tu , kena la fikir masak - masak dulu ye..Jangan nak ikut seronok je...


Cabaran yang ketiga ialah pengurusan masa...kita mesti pandai menguruskan masa semasa berumahtangga....contohnya , isteri kena la bangun awal sediakan sarapan untuk suami kan...kalau suami jenis yang xsuka sarapan pagi2 , kita buatkan bekal..nanti dia makan la...macam lily la jugak..ehhe...suami lily xsuka makan pagi2 sangat..dia suka makan dalam jam 9-10 am mcm tu la...so , lily selalu buatkan bekal untuk dia...=) Kalau masa bujang2 , xmakan pagi pon xpe..hahah..pegi kantin atau kedai , beli je..haha..tp kalau dh kawen xkan nk buat mcm tu jugak...


Seterusnya , kalau kita  berkahwin semasa masih belajar , kita kena fikirkan tentang family planning..Kalau nak anak semasa masih belajar , kena la pandai menguruskan masa...contohnya bagaimana cara menguruskan bayi , study dan rumah tangga..penting tu!!Tapi, lily xde la planning lagi untuk dapat baby..hahha..sebab lily masih belajar , tak boleh kalo mengandung...=)nanti kena tangguh semester!! xnak r..hahah..


Apa pun, semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Realitinya, kehidupan sebelum dan selepas berkahwin adalah berbeza..Contohnya macam lily dan suami , dulu tiap2 malam je mesti nak keluar dating..hahha..mensti nak kena pilih menu kat kedai nak makan pe..pening kan??mesti ramai yg mcm ni kan??ehheh...tp , lepas dh kawen , senang lak...xyah fikir nak makan pe..masak je apa yang ada kat dapur tu..sedap ke xsedap ke , suami tetap makan jugak..hahah...ala, nak amik hati isteri la kot kan??hahah...


Erm , lily tau ramai yang kata berkahwin cepat rugi sebab tidak puas berseronok kn??. Apa pun, bagi  lily, kebebasan itu tidak bermakna kalau  usia muda itu tidak dipergunakan sebaik mungkin ke arah yang membawa manfaat.betul tak??Lepas kawen lagi la boleh berseronok tauuu...nak buat apa pun bersama2...=)


Bagi lily , aspek ekonomi, kesabaran, persediaan psikologi dan kenali pasangan adalah antara persediaan yang perlu  dalam mengharungi pelbagai cabaran alam rumah tangga tak kira berkahwin muda atau tak..=)


Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang untuk lily dan suami berkahwin awal..semua hasil usaha titik peluh lily dan suami mengerjakan kedai online kami ( MissLily Shop )...dalam masa beberapa tahun kami dapat mengumpul duit untuk berkahwin..target kami yang pertama ialah berkahwin dulu..lepas tu , boleh plan lain..nak beli rumah ke, nak pegi melancong ke...nak shopping2 ke..huhu...banyak jugak la yang kena korbankan...tp , alhamdulillah semuanya berjalan lancar...


so , yang penting , untuk berkahwin , kita perlu bersedia dalam semua hal. , kewangan yang penting..lily nasihatkan jangan buat loan untuk kawen..cuba kumpul duit sendri..so , past kawen xde la nak pening2 bayar hutang kan..=)
Sebenarnya banyak lagi cabaran kawen muda ni , tp xpe, nnt lily sambung lagi..hehhe..




gambar kawen di langkawi..=)

www.tips-fb.com

8 comments:

Bo0lat's Heart said...

Nice entry~
Lily bercakap b'dasarkan pengalaman kan..
Sgt useful.. Tabik Lily & Hubby sbb pandai cari duit, bleh kawen awal =) Goodluck! Have a great marriage & happy family..

anum farida said...

haaa...sis! dah jodo nak buat cm ne...hope your marriage bekekalan smpi bile2 :)

MarelFira said...

hye, dropping here..wonderful entry..
its gud for me, coz i pun akan kawin masa umur 22 tahun ni..really gud entry!keep it up..
t boley i mintak pndapat dr u..

gd luck sis cantik!

aidakmal said...

nice entry lily.suke la.hopefully lily n hazwan stay together forever :):)

mommy akmal said...

saye pon kawen mude jugak!!

anyway kawen muda mmg byk cabaran lagi2 seorg student..saye pon student..kdg2 fenin2 lalat gak lagi2 biler dah ader anak..ouch..tapi stedy jer nok!
mungkin kiter boleh tubuhkan satu persatuan isteri2 muda ( bukan isteri num 2 yeah..haha) sbb sampai satu mase kiter2 nih mungkin memerlukan sokongan org laen tok tempuhi cabaran2 tuh :D

MdmLily Lilo said...

tq atas sokongan semua...hehe..insyallah , semuanya menjadi lebih baik
=)

cikpingu said...

hi sis... ok kn kwen muda, sbb muda2 lg kite dh tau cabaran2 tu... n sng jgk klu kite nk komunikasi psl pkhwinan..fmly ke,kwn ke... rse lebih sng..bg sy la..hihihi...pastu sume jd happy n leh matang kn cara khidupan kite...

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

kak pinky dlu kawin masa umur 24..muda ke? hahaha x lar muda sgt kot..lily lg cpt kawin..cntik gbr wedding lily..eppy wedding ye dik..btw..da folo kamu..jom folo kak pinky pulak..ada award nak bg =)